cinta nan indah
hadir tanpa diundang
puas ditepis diterjang
tetap jua bertandang
perih cuba dibuang
tak mahu menggangu hayalan
tetap datang semakin rapat
insan istimewa terlalu menjerat
apakah ianya telah tersurat
walau tiada mengharap
menemani kekosongan yang perlu pelengkap
bak perisa melengkap rasa
penghidupan karma yang kian suram
memberi cahaya
menyinar sepelusuk raga
ibarat nyawa nan amat berharga
terima kasih
memberi cinta tanpa nokhtah
memberi tanpa imbalan
hadir bagai kilat
menerangi seantero kehidupan
yang memahami
segala rahsia hati
banyak persoalan sesama sendiri
berbicara di hati cuma
tidak terluah apa sebenarnya
hanya empunya nan punya rasa
ikatan naluri nan berkata-kata
memahami antara sesama
apa nan tersurat di hati bicara
tak mau menggores rasa
menghormati apa yang ada
keikhlasan amat terutama
walau terkatup untuk berbicara
menyebab gulana tanpa bicara
ikhlasnya ikatan nan terbina
ke akhir hendaknya selamanya
walau hanya jiwa sahaja
tanpa di zahir yang tampak nyata
itulah cinta nan tetap membara
mengajar diri setabah waja
hadirmu mengajar eroninya cinta
walau ikatan tidak nyata
tetap kukuh selama-lamanya
No comments:
Post a Comment