YASSIN UNTUKMU
Aku telah diberi kata
Sedekah YASSIN Untukmu usah dilupa
Carilah di mana jua
makammu kiranya kau telah tiada
Tiada sudah khabar berita
sehabis ikhtiar walau dicuba
hanya YASSIN pengiring bicara
maaf janjimu tak tertunai jua
Doa pasti tetap diterima
walau di mana jua berada
walau diri tiada di sana
tepati hasratmu bagai di kata
doa dipanjat setiap masa
kesejahteraaan dirimu dipohonkan dari nan ESA
tak pernah lekang di dalam dada
Walaupun sesaat jua
tanpa bicara berlalu saja
tiada kemaafan dapat dipinta
dipohon melalui darimu Yang ESA
agar diredhai kesilapan yang ada
kerana kesempatan nan tiada
iringi doa setiap masa
ironinya walau tidak terjangka
tetap berlalu begitu saja
lenyap menyepi tanpa terduga
yang MAHA KUASA punya alasannya
tetap diterima apa qadanya
dengan rasa hati terbuka
pasti ada hikmahnya
terima kasih kerna bersama
memberi semangat penguat jiwa
yang telah mati kerna angkara
sesama umah yang tidak punya rasa
keyakinan diberi sepenuh jiwa
jiwa nan mati hidup semula
dibaja disiram setiap masa
hingga sembuh seperti asalnya
keikhlasan ikatan amat dirasa
tidak pernah sekelumit rasa
mengambil kesempatan kelemahan sesama
terima kasih sentiasa bersama
pergimu diikhlaskan jua
YASSIN kerap diiringi sentiasa
doa agar sejahteramu di sana
sebagai saudara dan juga keluarga
No comments:
Post a Comment