Thursday, April 9, 2015

kadangkala hati terasa sayu
kadangkala hati terasa bergitu syahdu
kadangkala air mata tak tertahan-tahan ingin mengalir deras
apa kah petanda
yang pasti ianya tak jelas

kadangkala hati terasa amat kecewa
kadangkala terasa hati amat dilukai
adakah ianya hanya firasat

dibiar ditinggal tanpa bicara 
tanpa ayat pengakhir kata
tiada peluang untuk bertanya
di mana silap angkara siapa

janji setia ntah ke mana
Tuhan tunjukkan aku petanda
kasih tetap kukekalkan juga
ikatan nan sebati tidak kan dilupa

begitu lama ikatan nan mesra
terjalin bersama setiap masa
tiba-tiba berlalu begitu sahaja
semoga bahagia sentiasa
doa diiring agar sejahtera
didunia juga di alam fana
tak pernah sedetik akak dilupa


No comments:

Post a Comment