apa salahku
apa dosaku
semuanya jadi tanda tanya padaku
dicampak diriku
kau senyap membisu
tanpa sepatah ungkapan darimu
daku termanggu-manggu
apa silap pun ku tak tahu
terima kasih TUHAN
memberi petunjuk jalan
buat ku sedar siapa kawan
siapa lawan
seteru dalam diam
walau memakan dalam
dihina secara kejam
padaMu kupasrah walau ditikam kejam
Redho segala yang mendatang
pasti hikmahkan mejelang
TUHAn tahu yang terbaik kan datang
pada insan yang dihina dibuang
Monday, October 12, 2015
Sunday, October 11, 2015
KENAPA DIRI TIDAK DIHARGAI
Kadangkala manusia mudah lupa
saat-saat diri memerlukan kita
betapa manis segala kata
hingga kita alpa
Bila punya teman baru untuk berbicara
terus diri dilupa
dibuang tanpa sepatah kata
empunya diri tertanya-tanya
apakah kesilapan yang dibina
seakan diri tidak diharga
Bukan kupinta manis bicara
cuma sekadar ingin bertanya
janji manis di kau bicara
merayu merintih semasa bercara
tiba-tiba hilang entah ke mana
ini kah manusia yang manis berbicara
dikelilingi pendustaan setiap masa
harapan agar hidayah menyapa
menyedari kehilafan yang telah dibina
saat-saat diri memerlukan kita
betapa manis segala kata
hingga kita alpa
Bila punya teman baru untuk berbicara
terus diri dilupa
dibuang tanpa sepatah kata
empunya diri tertanya-tanya
apakah kesilapan yang dibina
seakan diri tidak diharga
Bukan kupinta manis bicara
cuma sekadar ingin bertanya
janji manis di kau bicara
merayu merintih semasa bercara
tiba-tiba hilang entah ke mana
ini kah manusia yang manis berbicara
dikelilingi pendustaan setiap masa
harapan agar hidayah menyapa
menyedari kehilafan yang telah dibina
Friday, October 9, 2015
BERKALI-KALI DISAKITI
kadangkala tidak disangka
cempedak menjadi nangka
kadangkala tidak disangka
yang begitu rapat yang sering melukakan kita
kadangkala tidak dijangka
kebahagiaan lenyap tiba-tiba
tanpa diduga
dan tak tahu mengapa
berkali-kali hati terluka
berkali-kali kecewa tanpa terkata
apa yang dijanji dusta belaka
tergamak menyakiti seakan kita tiada harga
hati terasa amat disakitI
namun ikatan yang telah termetri
sentiasa abadi
dan sentiasa memaafi
ikatan tidak akan pernah memisahkan
walau terlalu terluka namun
sentiasa memaafkan
tanpa sempadan
mungkin ini kali terakhir memaafkan
tidak akan ada lagi ruangan
jika kau kecundang dan kembali berharapan
untuk bersama kami berpanjangan
bagi ku tiada jawapan
tidak pasti apa penerimaan
dari yang lain-lain
nan tersentap dek kelakuan
tak berubah walau berzaman
tinggal waktumu dipanggil dengan aman
doa tetap dipanjatkan
agar kebahagiaan sentiasa diiringan
yang terbaik sahaja didoakan
selamanya untukmu diharapkan
cempedak menjadi nangka
kadangkala tidak disangka
yang begitu rapat yang sering melukakan kita
kadangkala tidak dijangka
kebahagiaan lenyap tiba-tiba
tanpa diduga
dan tak tahu mengapa
berkali-kali hati terluka
berkali-kali kecewa tanpa terkata
apa yang dijanji dusta belaka
tergamak menyakiti seakan kita tiada harga
hati terasa amat disakitI
namun ikatan yang telah termetri
sentiasa abadi
dan sentiasa memaafi
ikatan tidak akan pernah memisahkan
walau terlalu terluka namun
sentiasa memaafkan
tanpa sempadan
mungkin ini kali terakhir memaafkan
tidak akan ada lagi ruangan
jika kau kecundang dan kembali berharapan
untuk bersama kami berpanjangan
bagi ku tiada jawapan
tidak pasti apa penerimaan
dari yang lain-lain
nan tersentap dek kelakuan
tak berubah walau berzaman
tinggal waktumu dipanggil dengan aman
doa tetap dipanjatkan
agar kebahagiaan sentiasa diiringan
yang terbaik sahaja didoakan
selamanya untukmu diharapkan
Subscribe to:
Posts (Atom)