Friday, October 9, 2015

BERKALI-KALI DISAKITI

kadangkala tidak disangka
cempedak menjadi nangka
kadangkala tidak disangka
yang begitu rapat yang sering melukakan kita

kadangkala tidak dijangka
kebahagiaan lenyap tiba-tiba
tanpa diduga
dan tak tahu mengapa

berkali-kali hati terluka
berkali-kali kecewa tanpa terkata
apa yang dijanji dusta belaka
tergamak menyakiti seakan kita tiada harga

hati terasa amat disakitI
namun ikatan yang telah termetri
sentiasa abadi 
dan sentiasa memaafi

ikatan tidak akan pernah memisahkan
walau terlalu terluka namun 
sentiasa memaafkan
tanpa sempadan

mungkin ini kali terakhir memaafkan
tidak akan ada lagi ruangan
jika kau kecundang dan kembali berharapan
untuk bersama kami berpanjangan

bagi ku tiada jawapan
tidak pasti apa penerimaan
dari yang lain-lain
nan tersentap dek kelakuan
tak berubah walau berzaman
tinggal waktumu dipanggil dengan aman

doa tetap dipanjatkan
agar kebahagiaan sentiasa diiringan
yang terbaik sahaja didoakan
selamanya untukmu diharapkan

No comments:

Post a Comment