Monday, September 16, 2013

ADAKAH MASANYA TELAH TIBA

ADAKAH MASANYA TELAH TIBA

Serasa….
Telah sehabis daya
Juga tiada upaya
Begitu lemah terasa

Bukan sengaja
Namun kudrat nan tiada
Habis terkuras tiada tinggalannya
Usaha telah sehabis daya

Nan melihat hanya berkata
Namun bukan anda merasa
Tak tau berbuat apa
Berbagai rasa semua ada

Maafkan kalain semua
Serasa dekat masanya jua
Ada jodoh bertemu kita
Jika tiada doakan saja

Ampun  maaf  jua dipinta
Kudrat  hilang ntah ke mana
Begitu lemah amat terasa
Ngak biasa ke mana2





Seluruh diri amat berbisa
Tidak dapat tertampungkan jua
Dengan siapa hendak dibicara
Bukan anda nan merasa
Walau sekadar untuk bicara
Agar diri terasa lega

Hidup pasti mati
Amalan saja sebagai penyeri
Untuk kita dikemudian hari
Moga diredhai olehMu Illahi

Tiada siapa dapat dikongsi
Segalanya diratap sendiri
Diluah pasti  dicaci maki
Hanya diri nan merasai

Mengharap  agar dimengerti
Sentiasa bersama ketika merasai
Kerana yang dilalui kini
Segalanya kau yang mulai

Masih tetap tidak dimengerti
Betapa kerap menyakiti
Tidak pernah mau memahami
Kerap menjeruk hati
Dibalas pasti berapi
Kerana minyak disimbah ke api



Habis daya mengharungi
Batin disakiti dan meratapi
Menyalahkan juga perlu memahami
Bukan kehendak sewaktu memberi
Yang menyentap naluri dan hati
Adanya Insan  nan tak punya hati
Bahagia melihat sesama memusuhi
Agar tidak lagi sehati
Onar digarap agar membenci
Tanpa belas walau seinci

Diri nan tersakiti
Lahirnya  insan tak punya pekerti
Juga nan tak punya hati
Tidak mau  melihat  bahagia dimiliki
Hingga ke akhir nanti
Mencari jalan agar terus terhenti

Cara memusnah terus dicari
Agar puas rasa dihati
Hanya TUHAN yang akan mengadili
Kehidupan duniawi dan akhirat nanti
Moga tabah mengakhiri
Sisa2 hidup duniawi.

TUHAN NAN MAHA KAYA
bagi  kesempatan berbuat jasa
Di hari2 akhir nan masih tersisa
Harap amalan diterimaMU jua
Untuk bekalan nanti di sana

Bagi  keluarga nan dipuja
Halalkan segala apapun jua
Juga jika tersilap kata
Serta  tergores di jiwa


Monday, September 9, 2013

BANGGAKU ADA KAMU

bangga aku ada kamu
begitu juga ayah ibu
punya anak seperti kamu
berjaya dalam ilmumu
tidak kurang juga kerjayamu
dicapai dek usahamu

usaha nan tak kenal jemu
nan melangit azam kamu
tidak mahu kepayahan membelengu
yang pernah dilalui keluargamu

ayah ibu perangsang sejati
punya usaha nan dedikasi
tidak mahu keluarga mewarisi
kemiskinan terus dilalui

dorongan terus diberi
agar sendiri dapat memikiri
tidak leka khayalan duniawi
terus berusaha memajukan diri

bangga aku dengan kamu
menjadi pendorong setiap waktu
adanya kamu yang tak pernah jemu
sentiasa denganku setiap waktu

tidak pernah berasa jemu
aku dengan kerenahku
kerap merajuk adanya waktu
walau mungkin menyakiti hatimu

tetap mendoakan kesejahteraanku
walau jauh beribu batu
doa sentiasa mengiringiku
yang kau sanjung selalu

walau diri terasa kerdil
insan tak punya dan juga jahil
kau tetap saja memanggilkau 
sayang dibibir kerap kau panggil
ibarat bayi yang sungguh comel

tidak sekali kau terjah diriku
walau aku sering tersendu
tanpa khabar berita darimu
membuat aku ternanti selalu
rajuk sering datang bertamu
tak jemu kau pujuk diriku

bangga aku ada kamu
segala rasa serasa bersatu
tiada selindung walaupun satu
betapa akrabnya duhai dirimu

kerap aku terasa sayu
mengenang kamu nan beribu batu
sendirian tiada peneman kamu
yang ku tahu sunyi selalu 
namun kamu tetap kamu
tiada mahu insan terkedu
biar saja apa yang bertamu
kau kuat melayarkan bahtra mu



Sunday, September 8, 2013

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

TERIMA KASIH KAWAN 

Terima kasih kawan.. 

Sakit ibarat penghapus dosa
walau tidak habis semua 
terima kasih memberiku rasa 
Insan terpilih sesama manusia 

punya hasad
punya dendam
punya dengki 
punya segala 
lumrah dunia 

kelu untuk berbicara 
menjaga aib segenap empunya
sendirian mencuba berbagai cara 
prihatin insan sesama manusia 
terbantu walau terlalu lama 
walau tidak kambuh semua
namun tetap teruskan usaha
punya TUHAN yang MAHA KUASA
penentu segala-galanya

bertahun bukan sedikit masa 
terima kasih padaMu yang ESA 
yang sentiasa bersamaku jua
disetiap masa dan ketika

tanpa bicara ..
tiada terduga 
hanya segelintir punyai deria rasa 
tetap terkatup tanpa kata-kata 
tanpa diluah dibibir mereka
memberi doa di hati jua
agar derita cepat kambuhnya

naluri sendu sesama kerap terasa 
yakin.... 
namun tiada daya 
hanya memandang dan berlalu saja 
walau di hati ....
meronta membantu sehabis daya 
seakan tiada daya mengusaha
hanya dipandang tanpa kata 
sakitnya rakan tetap dirasa
dalam diri setiap masa

Yang ESA tetap menunjuk cara 
usaha dan yakin dalam jiwa 
akan sampai hari nan nyata 
sembuh dari segala rasa 

walau sudah begitu lama 
derita di rasa di segenap raga 
puas sudah daya usaha 
dipanjat doa dan jua usaha 
tanpa jemu padamu yang ESA 
kalimahmu tak pernah lekang di dada 
di setiap masa dan ketika 
serta dibibir jua

Terima kasih TUHAN 
terima kasih juga kawan 
memberi ku rasa sekian lama 
sedikit mungkin terhapus dosa 
juga ingatan di lain masa 
waspada dengan siapa jua

Harap pengakhiran segala derita
usai sudah segala usaha
namun ingatan padamua Yang ESA
tak pernah akan dilupa 

Terima kasih kawan
pengalaman indah 
tak pernah terduga
tak akan pernah dilupa
dipilih sebagai cobaan dunia
kenangan terindah melalui derita

Aminnn...

TANPA RASA

TANPA RASA

Kosong
Tanpa rasa
Berterusan 
Tanpa jawapan
Tanpa dimengerti

Persoalan menggamit
Tetap tanpa jawapan
Bosan...
Kecewa
Tanpa rasa
Tetap mendatang
Tanpa undangan

Tanpa usai
diterjah berulang-ulang
tiada penghujungnya
Coba dihindar
Tetap menyinggah

Begitukah??
Ya.....
Lumrah kehidupan
Teruskan bangun
Walau hampa 
Teruskan dengan usia yanga da

Manusiaa..
Duniawii..

Saling kaitan
Tanpa endah
Amat melukakan
Tanpa akhir

Ketenangan...
Adakah akan mampir
Tetap usaha
Sentapan tetap hidangan biasa
Tanpa rasa dirasakan
Olah yang berulang-ulang

Keluhan
Tanpa makna
Tiada jua kesudahan
Melihat tanpa suara
Tanpa rasa

Lali dengan kekerapan
Bangga pamerkan serakah
Tanpa perasaan
Ada insan terkedu
Kerna sendu bukan milik mereka.