Monday, September 16, 2013

ADAKAH MASANYA TELAH TIBA

ADAKAH MASANYA TELAH TIBA

Serasa….
Telah sehabis daya
Juga tiada upaya
Begitu lemah terasa

Bukan sengaja
Namun kudrat nan tiada
Habis terkuras tiada tinggalannya
Usaha telah sehabis daya

Nan melihat hanya berkata
Namun bukan anda merasa
Tak tau berbuat apa
Berbagai rasa semua ada

Maafkan kalain semua
Serasa dekat masanya jua
Ada jodoh bertemu kita
Jika tiada doakan saja

Ampun  maaf  jua dipinta
Kudrat  hilang ntah ke mana
Begitu lemah amat terasa
Ngak biasa ke mana2





Seluruh diri amat berbisa
Tidak dapat tertampungkan jua
Dengan siapa hendak dibicara
Bukan anda nan merasa
Walau sekadar untuk bicara
Agar diri terasa lega

Hidup pasti mati
Amalan saja sebagai penyeri
Untuk kita dikemudian hari
Moga diredhai olehMu Illahi

Tiada siapa dapat dikongsi
Segalanya diratap sendiri
Diluah pasti  dicaci maki
Hanya diri nan merasai

Mengharap  agar dimengerti
Sentiasa bersama ketika merasai
Kerana yang dilalui kini
Segalanya kau yang mulai

Masih tetap tidak dimengerti
Betapa kerap menyakiti
Tidak pernah mau memahami
Kerap menjeruk hati
Dibalas pasti berapi
Kerana minyak disimbah ke api



Habis daya mengharungi
Batin disakiti dan meratapi
Menyalahkan juga perlu memahami
Bukan kehendak sewaktu memberi
Yang menyentap naluri dan hati
Adanya Insan  nan tak punya hati
Bahagia melihat sesama memusuhi
Agar tidak lagi sehati
Onar digarap agar membenci
Tanpa belas walau seinci

Diri nan tersakiti
Lahirnya  insan tak punya pekerti
Juga nan tak punya hati
Tidak mau  melihat  bahagia dimiliki
Hingga ke akhir nanti
Mencari jalan agar terus terhenti

Cara memusnah terus dicari
Agar puas rasa dihati
Hanya TUHAN yang akan mengadili
Kehidupan duniawi dan akhirat nanti
Moga tabah mengakhiri
Sisa2 hidup duniawi.

TUHAN NAN MAHA KAYA
bagi  kesempatan berbuat jasa
Di hari2 akhir nan masih tersisa
Harap amalan diterimaMU jua
Untuk bekalan nanti di sana

Bagi  keluarga nan dipuja
Halalkan segala apapun jua
Juga jika tersilap kata
Serta  tergores di jiwa


No comments:

Post a Comment