bangga aku ada kamu
begitu juga ayah ibu
punya anak seperti kamu
berjaya dalam ilmumu
tidak kurang juga kerjayamu
dicapai dek usahamu
usaha nan tak kenal jemu
nan melangit azam kamu
tidak mahu kepayahan membelengu
yang pernah dilalui keluargamu
ayah ibu perangsang sejati
punya usaha nan dedikasi
tidak mahu keluarga mewarisi
kemiskinan terus dilalui
dorongan terus diberi
agar sendiri dapat memikiri
tidak leka khayalan duniawi
terus berusaha memajukan diri
bangga aku dengan kamu
menjadi pendorong setiap waktu
adanya kamu yang tak pernah jemu
sentiasa denganku setiap waktu
tidak pernah berasa jemu
aku dengan kerenahku
kerap merajuk adanya waktu
walau mungkin menyakiti hatimu
tetap mendoakan kesejahteraanku
walau jauh beribu batu
doa sentiasa mengiringiku
yang kau sanjung selalu
walau diri terasa kerdil
insan tak punya dan juga jahil
kau tetap saja memanggilkau
sayang dibibir kerap kau panggil
ibarat bayi yang sungguh comel
tidak sekali kau terjah diriku
walau aku sering tersendu
tanpa khabar berita darimu
membuat aku ternanti selalu
rajuk sering datang bertamu
tak jemu kau pujuk diriku
bangga aku ada kamu
segala rasa serasa bersatu
tiada selindung walaupun satu
betapa akrabnya duhai dirimu
kerap aku terasa sayu
mengenang kamu nan beribu batu
sendirian tiada peneman kamu
yang ku tahu sunyi selalu
namun kamu tetap kamu
tiada mahu insan terkedu
biar saja apa yang bertamu
kau kuat melayarkan bahtra mu
No comments:
Post a Comment