Tuesday, November 25, 2014

BILA SAYANG ITU PERGI

bila sayang itu pergi
usah disesali 
ianya tak akan kembali 
walau diumpan segala janji

bila sayang itu pergi 
biar kan ia terus pergi
usah dipinta  ianya kembali
tak kan sama jika datang lagi

bila sayang itu pergi
pasti kerana terguris hati
kerna janji-janji
hanyalah tinggal janji

bila sayang itu pergi
tiada yang lebih baik lagi
dipujuk diri sendiri
agar tak terus meratapi

bila sayang itu pergi
melihat di depan nanti
walau tampak seakan memaafi
namun bekasnya tentulah pasti

bila sayang itu pergi
usah menunding jari
tanyalah diri sendiri
mengapa ini terjadi

bila sayang itu pergi
kerna telah dilukai
janji-janji yang tak pernah ditepati 
beribu kali telah dimungkiri

bila sayang itu pergi
kerana didustai
tak kan kau merasai
bukan kau yang menanti

Sunday, November 16, 2014

KERANA HANYA SIMPATI

bertahun hati diseksa
bertahun diri merana 
bertahun diri seakan tiada harga
bertahun dibuat diri bak tiada harga

semakin lama 
kasih seakan tiada
walau sesekala datang melambai jua
mengingat kenangan lama

antara kita berdua
bertahun menyulam bahagia
tak kurang derita 
yang kau taburkan jua

diri nan hina dina
betapa kecewa dirasa
harga diri seakan tiada
dimatamu daku amatlah hina

dicampak ke mana saja
pabila hati diisi nan lebih manja
bertahun diri tersiksa
terasa diri nan hina dina

entah apa 
firasatmu jua
entah apa 
yang kau lihat jua
dihatimu seakan tiada 
seakan tidak pernah menyulam rindu sesama

pasrah apa yang melanda
walau kecewa tetap terasa
kebahagiaanmu diharapkan jua
meski diri merasa kecewa

tiada lagi sesalan di jiwa
setiap kita perlu bahagia
tiada lagi perasaan cinta
hanya belas membelai jiwa

melihatkanmu yang seakan merana 
membuatku turut tersiksa
tidak ku tahu apa masalahnya
mungin tiada lagi cinta

kehadiranmu tetap ku terima 
melayanmu sebaik terdaya
tidak mahu ada 
hati-hati yang terluka dan di luka

datangmu tidak ku pinta
pulangmu juga keredhakan jua 
layanan sekadar cuma
setakat teman biasa

dalam hati tetap ada
simpati kerana
kenangan kita bersama 
tak kan ku lupa ke akhirnya


Saturday, November 15, 2014

DIKAU DIHATIKU

Cinta tak mengenal siapa
cinta tak mengenal usia
datang tanpa dipinta
pergi tak siapa menghalangnya

cinta tidak terlafaz
bicara hati tanpa kata-kata
datangnya secara tiba-tiba
tanpa dapat dihalangnya

usah merasa diri hina
bila sendirinya cinta datang melanda di jiwa
perasaan unik yang datang darinya
anugerah untuk kita padanya
walau cinta tak semesti bersama
doa dihulur setiap masa
agar si dia sentiasa bahagia
bersama-sama yang menyayanginya
dan berhak atasnya

cinta tidak pernah dipinta datangnya
datangnya secara tiba-tiba
kadangkala membuat resah di jiwa
bila si dia diam seribu bahasa
kerna tak tahu diri dicinta
insan yang tidak pernah kau terfikirkan jua

bahagiamu sentiasa dipinta
walau hati seakan kecewa
namun tak pernah dipancarkan ketara
tak mahu diri ditertawa

biar diri sendiri merasa
membawa jiwa dan raga
agar menerimamu seadanya
kerana di kau bukannya daku yang punya
hanya kasih dititip jua 
membaja sendiri diri nan luka
kerana sayang walau berat terpaksaku lepaskan jua
bahagiamu yang harapkan jua

Wednesday, November 12, 2014

CINTA ITU BUTA

walau telah nyata
dikau bermain kata
hati bagaikan buta
tetap jua mahu percaya

terang terang dan nyata
telah ada bukti nan nyata
dikau tetap bermanis kata
menafi segala kata-kata

mengapa cinta itu buta
tetap mengia apa di kata
walau hati terguris luka
dipujuk sendiri jiwa nan melara

Wednesday, November 5, 2014

RELAKAN

ku belajar erti redha
ku belajar erti merelakan
ku belajar erti melepaskan

indahnya bila diikhlaskan
tanpa rasa nan menikam jiwa
tanpa dendam berlubuk di jiwa
biar segalanya berlalu pergi
tanpa setitik pun sakit di hati

bila belajar merelakan
semuanya menjadi manis
manis di hati
manis di bibir
manis melihat segalanya

belajar membuang kesakitan di dada
baru terasa jiwa segar bak bunga
serasa segalanya indah belaka
ibarat hidup nan tiada penghujungnya

INDAHNYA NAMAMU

ku baru belajar mengenalimu
ku belajar mengukir namamu
indahnya bila mengenalimu
lapangnya rasa jiwaku
lapangnya rasa dadaku

walau kerap kali hasutan jahat datang menjelma
ku belajar menjauhinya
kerap kali jua aku lalai dan terleka
cepat-cepat ku belajar infasi agar tidak terus berjeda 
belajar mengukir namamu sebagai terapi minda

indahnya dirimu
indahnya menyebut namamu
moga terus kekal dibibir memanggilmu
berterusan tanpa rasa jemu
sentiasa terukir setiap masa
agar jiwa nan  resah 
kan menjadi tenang dan bahagia

indahnya mengenali diriMu
bertahun kucuba merapatimu
namun sering gagal meruntun jiwa

mungkin diri tidak sesungguhnya mau mengenalimu
namun kini bila hati terbuka
ohh betapa indahnya namamu
yang kerap menyebut dibibir saja
walau di mana jua dku berada

aku belajar menyintaimu
dari semasa ke semasa
bimbing lah aku setiap amsa
agar tidak terus terleka

KHABAR DI ANGIN LALU

KADANG KALA YANG JAUH ITU DEKAT
YANG DEKAT ITU JAUH
TEKNOLOGI CANGGIH SEBAGAI PETANDA
KOMUNIKASI SESAMA SEMAKIN TIADA

TIDAK KU SESALI

tidak sesekali ku sesali
kau juga punya hati
untuk merasa dikasihi
oleh insan yang dekat di hati
agar ada yang merawati
dikau di kemudian hari

daku bahagia walau terselit rasa di hati
kerisauan kebimbangan sentiasa melekat di hati
bimbang melepas insan disayangi
meruskan hari-hari 
bersama insan yang baru kau kenali

terlalu pantas notis kau beri
harap tidak menyesal nanti
harap ini nan terakhir kali
tidak akan ada yang lain lagi

doa sentiasa mengiringi
agar bahagia sentiasa menanti
kepadamu handaknya nanti