Saturday, November 15, 2014

DIKAU DIHATIKU

Cinta tak mengenal siapa
cinta tak mengenal usia
datang tanpa dipinta
pergi tak siapa menghalangnya

cinta tidak terlafaz
bicara hati tanpa kata-kata
datangnya secara tiba-tiba
tanpa dapat dihalangnya

usah merasa diri hina
bila sendirinya cinta datang melanda di jiwa
perasaan unik yang datang darinya
anugerah untuk kita padanya
walau cinta tak semesti bersama
doa dihulur setiap masa
agar si dia sentiasa bahagia
bersama-sama yang menyayanginya
dan berhak atasnya

cinta tidak pernah dipinta datangnya
datangnya secara tiba-tiba
kadangkala membuat resah di jiwa
bila si dia diam seribu bahasa
kerna tak tahu diri dicinta
insan yang tidak pernah kau terfikirkan jua

bahagiamu sentiasa dipinta
walau hati seakan kecewa
namun tak pernah dipancarkan ketara
tak mahu diri ditertawa

biar diri sendiri merasa
membawa jiwa dan raga
agar menerimamu seadanya
kerana di kau bukannya daku yang punya
hanya kasih dititip jua 
membaja sendiri diri nan luka
kerana sayang walau berat terpaksaku lepaskan jua
bahagiamu yang harapkan jua

No comments:

Post a Comment