Sunday, November 16, 2014

KERANA HANYA SIMPATI

bertahun hati diseksa
bertahun diri merana 
bertahun diri seakan tiada harga
bertahun dibuat diri bak tiada harga

semakin lama 
kasih seakan tiada
walau sesekala datang melambai jua
mengingat kenangan lama

antara kita berdua
bertahun menyulam bahagia
tak kurang derita 
yang kau taburkan jua

diri nan hina dina
betapa kecewa dirasa
harga diri seakan tiada
dimatamu daku amatlah hina

dicampak ke mana saja
pabila hati diisi nan lebih manja
bertahun diri tersiksa
terasa diri nan hina dina

entah apa 
firasatmu jua
entah apa 
yang kau lihat jua
dihatimu seakan tiada 
seakan tidak pernah menyulam rindu sesama

pasrah apa yang melanda
walau kecewa tetap terasa
kebahagiaanmu diharapkan jua
meski diri merasa kecewa

tiada lagi sesalan di jiwa
setiap kita perlu bahagia
tiada lagi perasaan cinta
hanya belas membelai jiwa

melihatkanmu yang seakan merana 
membuatku turut tersiksa
tidak ku tahu apa masalahnya
mungin tiada lagi cinta

kehadiranmu tetap ku terima 
melayanmu sebaik terdaya
tidak mahu ada 
hati-hati yang terluka dan di luka

datangmu tidak ku pinta
pulangmu juga keredhakan jua 
layanan sekadar cuma
setakat teman biasa

dalam hati tetap ada
simpati kerana
kenangan kita bersama 
tak kan ku lupa ke akhirnya


No comments:

Post a Comment