Tuesday, November 25, 2014

BILA SAYANG ITU PERGI

bila sayang itu pergi
usah disesali 
ianya tak akan kembali 
walau diumpan segala janji

bila sayang itu pergi 
biar kan ia terus pergi
usah dipinta  ianya kembali
tak kan sama jika datang lagi

bila sayang itu pergi
pasti kerana terguris hati
kerna janji-janji
hanyalah tinggal janji

bila sayang itu pergi
tiada yang lebih baik lagi
dipujuk diri sendiri
agar tak terus meratapi

bila sayang itu pergi
melihat di depan nanti
walau tampak seakan memaafi
namun bekasnya tentulah pasti

bila sayang itu pergi
usah menunding jari
tanyalah diri sendiri
mengapa ini terjadi

bila sayang itu pergi
kerna telah dilukai
janji-janji yang tak pernah ditepati 
beribu kali telah dimungkiri

bila sayang itu pergi
kerana didustai
tak kan kau merasai
bukan kau yang menanti

Sunday, November 16, 2014

KERANA HANYA SIMPATI

bertahun hati diseksa
bertahun diri merana 
bertahun diri seakan tiada harga
bertahun dibuat diri bak tiada harga

semakin lama 
kasih seakan tiada
walau sesekala datang melambai jua
mengingat kenangan lama

antara kita berdua
bertahun menyulam bahagia
tak kurang derita 
yang kau taburkan jua

diri nan hina dina
betapa kecewa dirasa
harga diri seakan tiada
dimatamu daku amatlah hina

dicampak ke mana saja
pabila hati diisi nan lebih manja
bertahun diri tersiksa
terasa diri nan hina dina

entah apa 
firasatmu jua
entah apa 
yang kau lihat jua
dihatimu seakan tiada 
seakan tidak pernah menyulam rindu sesama

pasrah apa yang melanda
walau kecewa tetap terasa
kebahagiaanmu diharapkan jua
meski diri merasa kecewa

tiada lagi sesalan di jiwa
setiap kita perlu bahagia
tiada lagi perasaan cinta
hanya belas membelai jiwa

melihatkanmu yang seakan merana 
membuatku turut tersiksa
tidak ku tahu apa masalahnya
mungin tiada lagi cinta

kehadiranmu tetap ku terima 
melayanmu sebaik terdaya
tidak mahu ada 
hati-hati yang terluka dan di luka

datangmu tidak ku pinta
pulangmu juga keredhakan jua 
layanan sekadar cuma
setakat teman biasa

dalam hati tetap ada
simpati kerana
kenangan kita bersama 
tak kan ku lupa ke akhirnya


Saturday, November 15, 2014

DIKAU DIHATIKU

Cinta tak mengenal siapa
cinta tak mengenal usia
datang tanpa dipinta
pergi tak siapa menghalangnya

cinta tidak terlafaz
bicara hati tanpa kata-kata
datangnya secara tiba-tiba
tanpa dapat dihalangnya

usah merasa diri hina
bila sendirinya cinta datang melanda di jiwa
perasaan unik yang datang darinya
anugerah untuk kita padanya
walau cinta tak semesti bersama
doa dihulur setiap masa
agar si dia sentiasa bahagia
bersama-sama yang menyayanginya
dan berhak atasnya

cinta tidak pernah dipinta datangnya
datangnya secara tiba-tiba
kadangkala membuat resah di jiwa
bila si dia diam seribu bahasa
kerna tak tahu diri dicinta
insan yang tidak pernah kau terfikirkan jua

bahagiamu sentiasa dipinta
walau hati seakan kecewa
namun tak pernah dipancarkan ketara
tak mahu diri ditertawa

biar diri sendiri merasa
membawa jiwa dan raga
agar menerimamu seadanya
kerana di kau bukannya daku yang punya
hanya kasih dititip jua 
membaja sendiri diri nan luka
kerana sayang walau berat terpaksaku lepaskan jua
bahagiamu yang harapkan jua

Wednesday, November 12, 2014

CINTA ITU BUTA

walau telah nyata
dikau bermain kata
hati bagaikan buta
tetap jua mahu percaya

terang terang dan nyata
telah ada bukti nan nyata
dikau tetap bermanis kata
menafi segala kata-kata

mengapa cinta itu buta
tetap mengia apa di kata
walau hati terguris luka
dipujuk sendiri jiwa nan melara

Wednesday, November 5, 2014

RELAKAN

ku belajar erti redha
ku belajar erti merelakan
ku belajar erti melepaskan

indahnya bila diikhlaskan
tanpa rasa nan menikam jiwa
tanpa dendam berlubuk di jiwa
biar segalanya berlalu pergi
tanpa setitik pun sakit di hati

bila belajar merelakan
semuanya menjadi manis
manis di hati
manis di bibir
manis melihat segalanya

belajar membuang kesakitan di dada
baru terasa jiwa segar bak bunga
serasa segalanya indah belaka
ibarat hidup nan tiada penghujungnya

INDAHNYA NAMAMU

ku baru belajar mengenalimu
ku belajar mengukir namamu
indahnya bila mengenalimu
lapangnya rasa jiwaku
lapangnya rasa dadaku

walau kerap kali hasutan jahat datang menjelma
ku belajar menjauhinya
kerap kali jua aku lalai dan terleka
cepat-cepat ku belajar infasi agar tidak terus berjeda 
belajar mengukir namamu sebagai terapi minda

indahnya dirimu
indahnya menyebut namamu
moga terus kekal dibibir memanggilmu
berterusan tanpa rasa jemu
sentiasa terukir setiap masa
agar jiwa nan  resah 
kan menjadi tenang dan bahagia

indahnya mengenali diriMu
bertahun kucuba merapatimu
namun sering gagal meruntun jiwa

mungkin diri tidak sesungguhnya mau mengenalimu
namun kini bila hati terbuka
ohh betapa indahnya namamu
yang kerap menyebut dibibir saja
walau di mana jua dku berada

aku belajar menyintaimu
dari semasa ke semasa
bimbing lah aku setiap amsa
agar tidak terus terleka

KHABAR DI ANGIN LALU

KADANG KALA YANG JAUH ITU DEKAT
YANG DEKAT ITU JAUH
TEKNOLOGI CANGGIH SEBAGAI PETANDA
KOMUNIKASI SESAMA SEMAKIN TIADA

TIDAK KU SESALI

tidak sesekali ku sesali
kau juga punya hati
untuk merasa dikasihi
oleh insan yang dekat di hati
agar ada yang merawati
dikau di kemudian hari

daku bahagia walau terselit rasa di hati
kerisauan kebimbangan sentiasa melekat di hati
bimbang melepas insan disayangi
meruskan hari-hari 
bersama insan yang baru kau kenali

terlalu pantas notis kau beri
harap tidak menyesal nanti
harap ini nan terakhir kali
tidak akan ada yang lain lagi

doa sentiasa mengiringi
agar bahagia sentiasa menanti
kepadamu handaknya nanti

Thursday, October 30, 2014

SETELAH CINTA ITU PERGI

datangmu tidak dicari
pergimu meruntun hati
puas sendu meratapi
kini kasih seakan menyepi

setelah cinta itu pergi
ketulusan hati sentiasa diberi
mendoakan sentiasa untuk orang yang disayangi 
akan bahagia ke akhir nanti

kejutan demi kejutan yang kau beri
tak tertanggung rasa di hati
lebih baik berdiam diri
kupujuk diri sendiri
agar tidak terus meratapi
pedihnya kasih ditinggal sepi

apa daya diri ini
bukan siapa sekadar insani
yang ingin terus dikasihi 
walau bukan untuk memiliki
sekadar tau diri dihargai
dibajai dengan seikhlas hati



Thursday, October 23, 2014

BAHAGIA BERSAMA

kita ibarat sebuah keluarga
begitu erat terasa bersama 
tiada darah yang mengikat kita
namun lebih hebat terasa

ikatan jiwa lebih berharga
menghargainya sepenuh jiwa
ditatang sepenuh raga
begitu erat seakan tak kan terhurai jua

saling menghargai pengikat kata
lambang kasih yang kita bina
begitu tulus apa yang dirasa
insan lain tak kan percaya
betapa ia seikhlas jiwa
tiada lain agenda tertera

kadang kala ego  melanda
marah merajuk perkara biasa
namun tak sampai terputus saudara
ikatan nan termetri begitu lama
lambang kasih kita sesama
ikhlas untuk selama-lama



Wednesday, October 22, 2014

luka lagi

sehati sejiwa janji bersama
sayang cuma dibibir saya
kata-kata tak pernah terkota
sebak didada dan jiwa terasa

terlalu banyak kata-kata dusta
akulah segala
namun segala hanya pemanis bicara
kesekian kali daku terluka

mengapa perlu adanay janji
jika payah untuk kau tepati
yang pasti kerap kau mungkiri
yang menanti terasa peri

apa dirasa melukai hati
mungkin kau bahagia tak terperi
tanpa merasa yang tersakiti
parah dijiwa amatlah peri

ku relakan di kau pergi
ku ikhlaskan jauh lah berlari
tidak kusimpan di dalam hati
terasa lega bila telah melepasi

hati kan sakit jika terus dilayani
ku buang segala rasa nan peri
bahagia mu doaku kini
di mana jua tempatmu nanti

doa sentiasa dibibir menanti
tak pernah lupa walau sekali
harapan dirimu sendiri diberkati
sentiasa dihormati dan dibanggai



Wednesday, October 1, 2014

CELARU

celaru
ingin dipercaya
namun berkali kau berdusta

berkali ku cuba pertahan
agar kamu sentiasa di atas
di mata teman sentiasa  ikhlas
walau acap kali aku tersakiti
mau percaya
atau sebaliknya

kalangkala benar2 percaya
kadangkala terasa begitu tersiska
bila  janji hanya tinggal mimpi
seakan mimpi ngeri

tetap ingin percaya
walau  kadang berulang ulang kata dusta
ikatan hati terlalu istemewa
butakah hati
butakah cinta
saudara sendiri menempelak diri
walau sayang
tapi tetap disakiti

di mana terasa
peha kanan dicubit
peha kiri turut berasa sakit
tiada jawapan kepada taulan
onar kamu memeningkan daku
tetap digalas cemuhana rakan
walau terasa tidak tertahan

hormat tetap ada padamu
tetap utuh walau kerap  terkecewa
doa tetap dihulurkan
agar sentiasa bahagia setiap masa


Wednesday, September 24, 2014

SEKALI LAGI HATI TERLUKA

pedihnya rasa
bila janji hanya tinggal janji
bila jauh berbagai berbagi harapan
bila dekat semuanya didusta

apa rasa hati
pabila melukai
entah apa firasatmu
tak dapat kutebak
hanya hati kamu berbicara

bicara sendu hati ini
walau tiada ubat
tetap kuteruskan

bicara sayang
akan terus bermain di jiwa
doa padamu juga tak kan ku padam
doa ikhals bagi insan tersayang

selamat tinggal sayang
moga terus menemui bahagia mu
doa ku sentiasa mengiringimu

Sunday, September 21, 2014

BILA RINDU BERTANDANG

Bila rindu bertandang
Tiada kata seindah bahasa
tiada lain yang kudamba
hanya menanti perkhabaran darimu jua

di mana kau berada
berilah khabar 
walau di awanan
rindu padamu
serasa tidak tertahan 

detik demi detik
hari demi hari
minggu demi minggu
ku menunggu tanpa jemu
nantinya dikau muncul 
itu doaku 

doaku sentiasa mengiringimu
agar sentiasa dalam lindungannya
walau di mana di kau berada
doa tulus dari insan 
yang benar2 menyayangimu
dunia dan akhirat.

Aaminn

Thursday, May 15, 2014

TANPA NOKHTAH

Sakit..
Tiada Nokhtah
Pilu
Rasa Sayu 
Kenapa menyepi

Serasa diri disapa
Kala tiada yang bersama
Untukmu mencurah rasa

Serasa 
Sakit sentiasa
Malu tidak disapa
Ingin memula serasa terhina

Janjimu daku segala
Bak tiada lain diraga
Namun firasat sentiasa menyapa
Tertera juga apa yang nyata
Walau bukan darimu berkata
Duniawi sendiri berbicara
Tanpa kupinta segalanya dicerita

Kau leka
Aku terluka
Kau alpa
Hatiku merana

Terumbang ambing tanpa bicara
Hanya jiwa berkata-kata
Tiada kesudahannya kita
Untuk bersuara berat terasa

Di mana hatimu
Di mana matamu
Di mana deritaku
Tidak pernah dilihat oleh kamu

Bahagiamu aku gembira
Walau di jiwa merintih merana
Ku harap yang terbaik buatmu
Tiada lain 
Selain mendoakan
Selebihnya hanya DIA yang tahu
Antara kamu dan aku
Ada jurang 
Hanya kita yang faham
Tidak mata yang lain

Sama-sama telah termetri
Janji seia sehati
Yang hanya kita memahami

Tiada yang lain yang akan mengerti
Kerna bukan mereka yang lalui
Dikongsi segala apa jua rasa
Nan tidak dapat dicerita sedunia

Janji kita hanya kita yang rasa
Janji kita segalanya bersama
Kita hanya kita
Walau ada lain yang dekat
mereka tak akan mengerti

Biar kita teruskan berbicara di hati
Kau dan aku tetap sama-sama menghargai
Walau tidak dapat bersama nanti
Termeteri hingga mati
Itu janji yang telah kita abadi.