Wednesday, October 9, 2013

janji manismu

manis janjimu 
kan sentiasa bersama
walau apa terjadi
menjaga diri ini
hingga akhir nanti
hingga akhir hayatmu

aku terbuai 
dek janji manismu
betapa diri 
amat disayangi dan disanjungi

namun kini
yang tak pernah kuimpi
kau menyepi 
tanpa ku ketahui
mengapa jadi begini

ke mana kan ku cari ganti
insan sepertimu lagi
daku meratapi diri
nan teramat sunyi

kering air mata meratapi 
ke manakah gerangan dikau pergi
terasa betapa sakitnya hari-hati
tak tertanggung pedih nan terperi

hari silih berganti
masih berharap kau kan kembali
namun harapanku sia-sia kini
kau tetap tak mengunjungi

ibarat layang2 terputus tali
tanpa arah tanpa haluan
tak tahu ke mana nanti
perluku mengadu hati nan rawan

sendirian 
tanpa ada dokongan 
yang kerap kau ungkapkan
padaku dulu wahai teman
insan kesayangan
sewaktu hatiku rawan

indahnya janji2mu
hanya manis dibibir
tak pernah kujangka 
semuanya kan terjadi...
betapa ngeri
hendakku fikiri
habis segala rahsia hati
telah kau ketahui

malu jadinya
seakan tiada maruah diri 
berkongsi keperitan di hati
akhirnya ini nan terjadi
yang perlu aku lalui
ditinggal sepi
dan terus sepi
tanpa ada rasa dalam hati
akan kasihani diri ini
yang begitu menyayangi
dirimu sepenuh hati

di mana hatimu 
di mana janjimu
kering sungguh kaldumu
ntah....
aku bagai tidak mengenalimu
betapa siksanya batin ini
merinduimu setengah mati
menantimu setiap hari
seolah aku tiada harga diri

adakah insan sejenismu begini!!!!
pandai bermain kata
hingga tiada apa rahsia
antara kita berdua
segala dikongsi bersama
begitu indah tatkala bersama
membuai rasa sesama

puas  menepis pertahankan kamu 
dari angkara buruk sangka
insan yang mengenalaimu
tidak mau kau dipandang hina

dengan mereka juga mungkin kau bermain kata
janji manis sesama 
walau ku tahu aku  kerap kau  dusta
demi kasih kuabaikan segala 

nan terguris di hati
hanya aku yang meratapi
bagimu!!!!
tiada sedikti pun rasa peri
mempermainkan perasaaan ini
nan begitu mendambakanmu saat ini

sayang!!!!..
ke mana kau menghilang
lama sudah daku menantimu
walau diri terasa dikhianati
namun sayangku tetap utuh
tiada galang ganti

ke mari padaku
segeralah datang
tidak terperi rasa dihati
ingin mendengar suaramu 
insan yang begitu aku sayangi.

Monday, September 16, 2013

ADAKAH MASANYA TELAH TIBA

ADAKAH MASANYA TELAH TIBA

Serasa….
Telah sehabis daya
Juga tiada upaya
Begitu lemah terasa

Bukan sengaja
Namun kudrat nan tiada
Habis terkuras tiada tinggalannya
Usaha telah sehabis daya

Nan melihat hanya berkata
Namun bukan anda merasa
Tak tau berbuat apa
Berbagai rasa semua ada

Maafkan kalain semua
Serasa dekat masanya jua
Ada jodoh bertemu kita
Jika tiada doakan saja

Ampun  maaf  jua dipinta
Kudrat  hilang ntah ke mana
Begitu lemah amat terasa
Ngak biasa ke mana2





Seluruh diri amat berbisa
Tidak dapat tertampungkan jua
Dengan siapa hendak dibicara
Bukan anda nan merasa
Walau sekadar untuk bicara
Agar diri terasa lega

Hidup pasti mati
Amalan saja sebagai penyeri
Untuk kita dikemudian hari
Moga diredhai olehMu Illahi

Tiada siapa dapat dikongsi
Segalanya diratap sendiri
Diluah pasti  dicaci maki
Hanya diri nan merasai

Mengharap  agar dimengerti
Sentiasa bersama ketika merasai
Kerana yang dilalui kini
Segalanya kau yang mulai

Masih tetap tidak dimengerti
Betapa kerap menyakiti
Tidak pernah mau memahami
Kerap menjeruk hati
Dibalas pasti berapi
Kerana minyak disimbah ke api



Habis daya mengharungi
Batin disakiti dan meratapi
Menyalahkan juga perlu memahami
Bukan kehendak sewaktu memberi
Yang menyentap naluri dan hati
Adanya Insan  nan tak punya hati
Bahagia melihat sesama memusuhi
Agar tidak lagi sehati
Onar digarap agar membenci
Tanpa belas walau seinci

Diri nan tersakiti
Lahirnya  insan tak punya pekerti
Juga nan tak punya hati
Tidak mau  melihat  bahagia dimiliki
Hingga ke akhir nanti
Mencari jalan agar terus terhenti

Cara memusnah terus dicari
Agar puas rasa dihati
Hanya TUHAN yang akan mengadili
Kehidupan duniawi dan akhirat nanti
Moga tabah mengakhiri
Sisa2 hidup duniawi.

TUHAN NAN MAHA KAYA
bagi  kesempatan berbuat jasa
Di hari2 akhir nan masih tersisa
Harap amalan diterimaMU jua
Untuk bekalan nanti di sana

Bagi  keluarga nan dipuja
Halalkan segala apapun jua
Juga jika tersilap kata
Serta  tergores di jiwa


Monday, September 9, 2013

BANGGAKU ADA KAMU

bangga aku ada kamu
begitu juga ayah ibu
punya anak seperti kamu
berjaya dalam ilmumu
tidak kurang juga kerjayamu
dicapai dek usahamu

usaha nan tak kenal jemu
nan melangit azam kamu
tidak mahu kepayahan membelengu
yang pernah dilalui keluargamu

ayah ibu perangsang sejati
punya usaha nan dedikasi
tidak mahu keluarga mewarisi
kemiskinan terus dilalui

dorongan terus diberi
agar sendiri dapat memikiri
tidak leka khayalan duniawi
terus berusaha memajukan diri

bangga aku dengan kamu
menjadi pendorong setiap waktu
adanya kamu yang tak pernah jemu
sentiasa denganku setiap waktu

tidak pernah berasa jemu
aku dengan kerenahku
kerap merajuk adanya waktu
walau mungkin menyakiti hatimu

tetap mendoakan kesejahteraanku
walau jauh beribu batu
doa sentiasa mengiringiku
yang kau sanjung selalu

walau diri terasa kerdil
insan tak punya dan juga jahil
kau tetap saja memanggilkau 
sayang dibibir kerap kau panggil
ibarat bayi yang sungguh comel

tidak sekali kau terjah diriku
walau aku sering tersendu
tanpa khabar berita darimu
membuat aku ternanti selalu
rajuk sering datang bertamu
tak jemu kau pujuk diriku

bangga aku ada kamu
segala rasa serasa bersatu
tiada selindung walaupun satu
betapa akrabnya duhai dirimu

kerap aku terasa sayu
mengenang kamu nan beribu batu
sendirian tiada peneman kamu
yang ku tahu sunyi selalu 
namun kamu tetap kamu
tiada mahu insan terkedu
biar saja apa yang bertamu
kau kuat melayarkan bahtra mu



Sunday, September 8, 2013

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

TERIMA KASIH KAWAN 

Terima kasih kawan.. 

Sakit ibarat penghapus dosa
walau tidak habis semua 
terima kasih memberiku rasa 
Insan terpilih sesama manusia 

punya hasad
punya dendam
punya dengki 
punya segala 
lumrah dunia 

kelu untuk berbicara 
menjaga aib segenap empunya
sendirian mencuba berbagai cara 
prihatin insan sesama manusia 
terbantu walau terlalu lama 
walau tidak kambuh semua
namun tetap teruskan usaha
punya TUHAN yang MAHA KUASA
penentu segala-galanya

bertahun bukan sedikit masa 
terima kasih padaMu yang ESA 
yang sentiasa bersamaku jua
disetiap masa dan ketika

tanpa bicara ..
tiada terduga 
hanya segelintir punyai deria rasa 
tetap terkatup tanpa kata-kata 
tanpa diluah dibibir mereka
memberi doa di hati jua
agar derita cepat kambuhnya

naluri sendu sesama kerap terasa 
yakin.... 
namun tiada daya 
hanya memandang dan berlalu saja 
walau di hati ....
meronta membantu sehabis daya 
seakan tiada daya mengusaha
hanya dipandang tanpa kata 
sakitnya rakan tetap dirasa
dalam diri setiap masa

Yang ESA tetap menunjuk cara 
usaha dan yakin dalam jiwa 
akan sampai hari nan nyata 
sembuh dari segala rasa 

walau sudah begitu lama 
derita di rasa di segenap raga 
puas sudah daya usaha 
dipanjat doa dan jua usaha 
tanpa jemu padamu yang ESA 
kalimahmu tak pernah lekang di dada 
di setiap masa dan ketika 
serta dibibir jua

Terima kasih TUHAN 
terima kasih juga kawan 
memberi ku rasa sekian lama 
sedikit mungkin terhapus dosa 
juga ingatan di lain masa 
waspada dengan siapa jua

Harap pengakhiran segala derita
usai sudah segala usaha
namun ingatan padamua Yang ESA
tak pernah akan dilupa 

Terima kasih kawan
pengalaman indah 
tak pernah terduga
tak akan pernah dilupa
dipilih sebagai cobaan dunia
kenangan terindah melalui derita

Aminnn...

TANPA RASA

TANPA RASA

Kosong
Tanpa rasa
Berterusan 
Tanpa jawapan
Tanpa dimengerti

Persoalan menggamit
Tetap tanpa jawapan
Bosan...
Kecewa
Tanpa rasa
Tetap mendatang
Tanpa undangan

Tanpa usai
diterjah berulang-ulang
tiada penghujungnya
Coba dihindar
Tetap menyinggah

Begitukah??
Ya.....
Lumrah kehidupan
Teruskan bangun
Walau hampa 
Teruskan dengan usia yanga da

Manusiaa..
Duniawii..

Saling kaitan
Tanpa endah
Amat melukakan
Tanpa akhir

Ketenangan...
Adakah akan mampir
Tetap usaha
Sentapan tetap hidangan biasa
Tanpa rasa dirasakan
Olah yang berulang-ulang

Keluhan
Tanpa makna
Tiada jua kesudahan
Melihat tanpa suara
Tanpa rasa

Lali dengan kekerapan
Bangga pamerkan serakah
Tanpa perasaan
Ada insan terkedu
Kerna sendu bukan milik mereka.



Sunday, August 25, 2013

KU LIHAT SENDU DI MATAMU

KU LIHAT SENDU DI MATAMU 

Serasa ada sendu yang bertamu 
Terpamer di ruangan matamu
Yang tak kerap seperti selalu 
Kau berikan di setiap waktu 

Serasa tidak mengenal kamu 
Tiada sinar nan sentiasa darimu 
Kau pancar di setiap waktu 
Tanpa ada rasa jemu

Serasa ada sendu di matamu
Ntah kenapa seakan pilu
Seakan tidak mengenal dirimu
Kamu yang seakan bukan kamu

Serasa ada sendu di matamu
Ntah apa rahsia kamu
Yang selalu berkongsi samaku
Tiada apa tidak bertamu
kepadaku dicerita setiap waktu

Ikatan ikhlas nan bertamu
Begitu sempurna tanpa jemu
Sebagai penguat semangatku
Juga dirimu

Kerap sesama rungkaikan perkara
Tiada rahsia apa pun jua
Dihiris dirasa sesama kita
Separah mana dirasa bersama

Terlihat jauhnya pandangan di mata
Seakan mencerita duduk perkara
Ntah apakah itu dia
Jarang datang padamu jua

Serasa ada sendu di matamu
Seakan badai sedang gelora
Ntah apa yang kau rasa
Tidak terdaya kulepasi ia
Membaca apa yang mengoncang dada
Hingga terpamer di ruangan mata

Kamu insan nan istimewa
Jadi ikutan sesama kita
Bangga sekalian dengan mu sentiasa
Dirimu disenangi semua
Sesama insan bergelar manusia

Banyak dukamu kau pendam saja
Tak pernah terpamer secara nyata
Ibarat lilin terangi sekelingnya
Namun diri terasa bahangnya

Denganku dikau kongsi segala
Tiada satu nan didusta
Kerna dirimu juga manusia
Punya naluri untuk merasa

Malam terbangun mengenang yang tiada
Terasa rindu menyengat di jiwa
Tetap mengalir si air mata
Sayu menusuk ke dalam jiwa

PadaNya yang ESA kau panjatkan jua
Agar yang di sana aman sentiasa
Tabah walau badai melanda
Ibarat angin berlalu sahaja
Kau biarkan segala yang ada
Tak kau hirau goncangnya dunia
Kerna hidup tak kan lama
Manfaatkan cuma yang baik saja

NAMUN......

Kulihat sendu di matamu
Seakan tidak mengenal kamu
Tidak ceria seperti selalu
Senyum di wajah serasa kelu
Yang pasti ada sesuatu
Yang kau simpan di dalam kalbu

Serasa berat pandangan sendu di matamu
Belum kau kongsi denganku
Mungkin punya alasan darimu
Tak relaku membiarkanmu
Biarkan sendumu terus begitu
Bicaralah sesuatu

Terpana aku menatapmu
Terkejut jadinya sehingga kelu
Seakan tiada tempat bagimu
Mengadu syahdu nan bertamu

Kongsi sendumu seperti selalu
Aku di sini sentiasa ada
Luahkan saja sendumu itu
Luahkan apa jua yang kau rasa

Agar dapat menenangi jiwa
Nan bergelora di dalam dada
Seperti biasa antara kita
Tidak rahsia apa pun jua

Wednesday, August 21, 2013

YASSIN UNTUKMU

YASSIN UNTUKMU

Aku telah diberi kata
Sedekah YASSIN Untukmu usah dilupa
Carilah di mana jua
makammu kiranya kau telah tiada

Tiada sudah khabar berita
sehabis ikhtiar  walau dicuba
hanya YASSIN pengiring bicara
maaf janjimu tak tertunai jua

Doa pasti tetap diterima
walau di mana jua berada
walau diri tiada di sana 
tepati hasratmu bagai di kata

doa dipanjat setiap masa
kesejahteraaan dirimu dipohonkan dari nan ESA
tak pernah lekang di dalam dada
Walaupun sesaat jua

tanpa bicara berlalu saja
tiada kemaafan dapat dipinta
dipohon melalui darimu Yang ESA
agar diredhai kesilapan yang ada
kerana kesempatan nan tiada 

iringi doa setiap masa
ironinya walau tidak terjangka
tetap berlalu begitu saja
lenyap menyepi tanpa terduga 

yang MAHA KUASA punya alasannya
tetap diterima apa qadanya
dengan rasa hati terbuka
pasti ada hikmahnya

terima kasih kerna bersama
memberi semangat penguat jiwa
yang telah mati kerna angkara
sesama umah yang tidak punya rasa

keyakinan diberi sepenuh jiwa
jiwa nan mati hidup semula
dibaja disiram setiap masa
hingga sembuh seperti asalnya

keikhlasan ikatan amat dirasa
tidak pernah sekelumit rasa
mengambil kesempatan kelemahan sesama
terima kasih sentiasa bersama

pergimu diikhlaskan jua
YASSIN kerap diiringi sentiasa
doa agar sejahteramu di sana
sebagai saudara dan juga keluarga

TERIMA KASIH KAWAN

TERIMA KASIH KAWAN 

Terima kasih kawan.. 

Sakit ibarat penghapus dosa
walau tidak habis semua 
terima kasih memberiku rasa 
Insan terpilih sesama manusia 

punya hasad
punya dendam
punya dengki 
punya segala 
lumrah dunia 

kelu untuk berbicara 
menjaga aib segenap empunya
sendirian mencuba berbagai cara 
prihatin insan sesama manusia 
terbantu walau terlalu lama 

bertahun bukan sedikit masa 
terima kasih padaMu yang ESA 

tanpa bicara nan tiada terduga 
hanya segelintir punyai deria rasa 
tetap terkatup tanpa kata-kata 
tanpa diluah dibibir mereka
memberi doa di hati jua
agar derita cepat kambuhnya

naluri sendu sesama kerap terasa 
yakin.... 
namun tiada daya 
hanya memandang dan berlalu saja 
walau di hati ....
meronta membantu sehabis daya 
seakan tiada daya mengusaha
hanya dipandang tanpa kata 
sakitnya rakan tetap dirasa
dalam diri setiap masa

Yang ESA tetap menunjuk cara 
usaha dan yakin dalam jiwa 
akan sampai hari nan nyata 
sembuh dari segala rasa 

walau sudah begitu lama 
derita di rasa di segenap raga 
puas sudah daya usaha 
dipanjat doa dan jua usaha 
tanpa jemu padamu yang ESA 
kalimahmu tak pernah lekang di dada 
di setiap masa dan ketika 
dan dibibir jua

Terima kasih TUHAN 
terima kasih juga kawan 
memberi ku rasa sekian lama 
sedikit mungkin terhapus dosa 
juga ingatan di lain masa 
waspada dengan siapa jua

Harap pengakhiran segala derita
usai sudah segala usaha
namun ingatan padamua Yang ESA
tak pernah akan dilupa 

Terima kasih kawan
pengalaman indah 
yang tak pernah terduga
tak akan pernah dilupa
dipilih sebagai cobaan dunia
kenangan terindah melalui derita

Aminnn...

Monday, June 17, 2013

PERGILAH SAYANG

Walau Cinta Sepenuh Jiwa
Ungkapan Sayang Tidak Terhingga
Rela Kulepaskan Jua

Insan Tercinta Yang Aku Dambakan

Tanpa Keraguan Demi Kebahagiaan
Ada Insan Lebih Memerlukan
Mengharap Kasih Darimu Tuan
Ranap Sudah Segala Impian
Terkubur Demi Sesama Insan

Bukan Diri Ini Wahai Sekalian

Berebut Insan Walau Mengharapkan
Biarkan Kau Terbang Mengapai Awan
Pada Yang Amat Mengharap Balasan
Kasihmu Digarap Menghilang Kesunyian

Telah Kulihat Betapa Kesalan

Dari Diri Yang Begitu Mengharapkan
Walau Kita Bersama Menyayang
Tidak Kusanggup Merebutmu Sayang

Pergilah insan Yang Amat Ku Sayang

Demi Kasih Sesama Insan
Walau Parah Sekali dirasakan
Tak Sanggup Menyembah Demi Keutuhan

Cinta Nan Dibina Biarlah Berterbangan
Tidak Disesal Demi Melihatkan 
Insan Nan Kecewa Demimu Insan

Sunday, June 16, 2013

BENCI SI INSAN TERSAYANG

Tanpa Sentuhan
Tanpa Belaian
Tanpa Kasihan
Tanpa Rasa
Hanya Ungkapan Aku Benci Kamu

Pasrah
Terpana
Tanpa naluri

Redha
Betapa Kerdil  Insan Ini

Nyawa Tanpa Rasa
Senyum Tanpa Bicara
Tawa Mengelak Sengsara

Terima Kasih Atas Segala
Terus Berusaha
Mungkin Tanpa Sedar Diri Teranaiaya

Akan Terus Bersama
Hidup Ini Tidak Lama
Menanti Sekejap Cuma
Hingga Ke Akhir Usia

Tanpa Sendu
Tetap Di Teruskan Jua
Pohon Kebaikan Di Akhir Cuma

Tanpa Usahamu 
Ikhtiar tetap dilaksana
PadaNya Ku Pohon Jua
Berilah Petunjuk Akhir Derita

Sunday, May 26, 2013

CINTA

cinta nan indah
hadir tanpa diundang
puas ditepis diterjang
tetap jua bertandang
perih cuba dibuang
tak mahu menggangu hayalan

tetap datang semakin rapat

insan istimewa terlalu menjerat
apakah ianya telah tersurat
walau tiada mengharap
menemani kekosongan yang perlu pelengkap

bak perisa melengkap rasa
penghidupan karma yang kian suram
memberi cahaya 
menyinar sepelusuk raga
ibarat nyawa nan amat berharga

terima kasih 

memberi cinta tanpa nokhtah
memberi tanpa imbalan
hadir bagai kilat
menerangi seantero kehidupan
yang memahami
segala rahsia hati
banyak persoalan sesama sendiri
berbicara di hati cuma
tidak terluah apa sebenarnya
hanya empunya nan punya rasa

ikatan naluri nan berkata-kata

memahami antara sesama 
apa nan tersurat di hati bicara
tak  mau menggores rasa
menghormati apa yang ada
keikhlasan amat terutama

walau terkatup untuk berbicara

menyebab gulana tanpa bicara
ikhlasnya ikatan nan terbina
ke akhir hendaknya selamanya
walau hanya jiwa sahaja
tanpa di zahir yang tampak nyata
itulah cinta nan tetap membara
mengajar diri setabah waja

hadirmu mengajar eroninya cinta
walau ikatan tidak nyata
tetap kukuh selama-lamanya